fbpx
More

    Spesifikasi penuh Xiaomi Mi 11 Pro dan Mi 11 Pro+ bocor, harga mungkin bermula ~RM3140

    Sehingga kini, terdapat banyak khabar angin mengenai siri telefon Xiaomi Mi 11 Pro walaupun tiada berita rasmi mengenainya lagi. Kini, sumber terbaru menunjukkan spesifikasi penuh Xiaomi Mi 11 Pro dan Mi 11 Pro+ yang dijangka akan memasuki pasaran tidak lama lagi.

    Xiaomi Mi 11 Pro dikatakan bakal hadir dengan skrin 6.81 inci OLED 2K dengan kadar segar semula 120Hz bersama kadar bacaan sentuhan 480Hz. Ia juga dikhabarkan akan menggunakan cipset andalan Snapdragon 888.

    Tambahan lagi, Mi 11 Pro mungkin dilengkapi bateri 5,000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 67W dan juga hadir dengan pengecasan wayarles 67W. Untuk kamera pula, ia dikhabarkan akan menggunakan kamera swafoto 20MP dengan tiga kamera pada bahagian belakang – kamera utama 50MP Samsung GN2 + kamera ultra lebar 48MP + kamera telefoto 48MP dengan zum hibrid 120x.

    Spesifikasi penuh siri Xiaomi Mi 11

    Selain dari itu, ia juga akan menyokong NFC, sensor cap jari dalam skrin, WiFi 6E, Bluetooth 5.2, pemancar IR, motor X-axis dan audio Harman Kardon.

    Xiaomi Mi 11 Pro juga mungkin akan akan hadir dengan ciri kalis air dan habuk IP tetapi masih tidak pasti jika ia akan datang dengan IP53 atau IP68.

    Peranti ini akan ditawarkan dengan dua varian iaitu RAM 8GB + storan 256GB pada tanda harga CNY4999 (~RM3140) dan RAM 12GB + 256GB pada CNY5399 (~RM3392).

    Untuk model Mi 11 Pro+ pula, ia dikatakan akan hadir dengan skrin dan cipset yang sama seperti Mi 11 Pro.

    Mi 11 Pro+ akan dilengkapi kamera swafoto 32MP dengan 4 kamera pada bahagian belakang – kamera utama 50MP Samsung GN2 + 48MP + 48MP + kamera portrait 12MP. Ia juga mungkin hadir dengan bateri yang sama seperti Mi 11 Pro tetapi ia akan menyokong pengecasan pantas 120W serta pengecasan wayarles 67W. Selain itu, ia akan menyokong ciri kalis air dan habuk IP68.

    Xiaomi Mi 11 Pro+ ini akan ditawarkan dengan dua varian berbeza, RAM 8GB + storan 256GB pada tanda harga CNY5599 (~RM3517) dan RAM 12GB + 256GB pada CNY5999 (~RM3769).

    Perlu diingatkan, spesifikasi penuh siri telefon ini adalah dari sumber tidak rasmi, jadi ia mungkin tidak akan sama dengan spesifikasi akhir peranti ini.

    Adakah anda menantikan peranti ini? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Redmi Note 13R dilancar: SD 4 Gen 2 dan skrin 120Hz bermula ~RM907

    Selepas mengeluarkan Redmi Note 13R Pro tahun lepas, anak syarikat Xiaomi kini melancarkan varian standard peranti tersebut iaitu Redmi Note 13R di...

    Samsung sindir iklan Apple iPad Pro 2024 dengan video “Uncrush”

    Apple telah melancarkan iPad Pro 2024 baharunya dengan cip M4. Walau bagaimanapun, kemunculannya telah mencipta kontroversi dengan iklan Crush!. Iklan itu mungkin...

    Samsung Galaxy Z Fold6 muncul dalam Geekbench dengan Snapdragon 8 Gen 3, RAM 12GB

    Peranti boleh lipat Samsung Galaxy generasi seterusnya akan dikeluarkan pada 10 Julai dan kini, salah satu telefon pintar dalam barisan tersebut telah...

    Twitter secara rasmi telah tamat, beralih kepada domain X.com

    Landskap media sosial telah mengalami perubahan ketara dengan peralihan lengkap Twitter kepada X. Ini berikutan langkah besar yang dimulakan oleh pengambilalihan Elon...

    Anthony Loke: Tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan “dashcam”

    Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bahawa tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan dashcam (kamera papan pemuka) di semua kenderaan di negara...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X