More

    Spesifikasi Samsung Galaxy A13 5G tertiris, mungkin dilengkapi cipset Dimensity 700

    Maklumat awal tentang telefon pintar kelas permulaan, Samsung Galaxy A13 5G, kini telah pun tertiris di mana spesifikasi utamanya dikongsi oleh seorang pengkhabar berita teknologi bernama @TheGalox_ di Twitter.

    Menurut beliau, Galaxy A13 akan dilengkapi cipset Dimensity 700 5G yang bakal menawarkan prestasi lebih pantas sebanyak 2.8 kali ganda berbanding Helio P35 dalam Galaxy A12.

    Selain daripada itu, beliau mengatakan Galaxy A13 mungkin akan dilengkapi skrin LCD Full HD+ berukuran 6.48 inci, bateri 5,000mAh, pengecasan pantas 25W, RAM 4GB, 6GB atau 8GB serta storan dalaman 64GB atau 128GB.

    Untuk kamera pula, ia mungkin terdiri daripada kamera utama 50 MP, kamera ultra-lebar 5MP dan sensor kedalaman 2MP. Spesifikasi ini adalah serupa dengan maklumat yang telah dilaporkan pada pertengahan bulan Oktober lalu. Satu perkara yang menarik adalah rekaannya mungkin tidak mempunyai bonggol kamera di bahagian belakang.

    Harganya mungkin akan dijual bermula USD249 (~RM1,035), namun setakat ini masih tiada maklumat rasmi tentang telefon ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...