More

    Spesifikasi Samsung Galaxy A33 tertiris selepas pelancaran Galaxy A13 dan A23

    Selepas siri telefon pintar kelas pertengahan Samsung Galaxy A13 dan Samsung Galaxy A23 dilancar semalam, kini maklumat terbaru telah muncul untuk sebuah lagi peranti Galaxy A iaitu Samsung Galaxy A33.

    Galaxy A33 dikhabarkan bakal ditawarkan dalam beberapa spesifikasi berdasarkan negara di mana ia dijual. Varian pertama akan dilengkapi cipset Exynos 1280 5nm, RAM 8GB dan storan dalaman 128GB, manakala varian kedua akan dilengkapi cipset Exynos 1200, RAM 6GB dan storan dalaman 128GB.

    Telefon ini dijangka bakal menyokong tambahan memori melalui kad microSD. Selain itu, ia juga mungkin hanya akan ditawarkan dalam varian 5G, jadi tiada varian 4G seperti telefon Galaxy A yang dilancar pada 2021.

    Kameranya dikhabarkan akan mempunyai susunan yang sama dengan Galaxy A32 5G, manakala skrinnya pula mempunyai panel Super AMOLED FullHD+ berukuran 6.4 inci dengan kadar segar semula 90Hz. Baterinya pula mungkin berkapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 25W, namun pengecas yang disertakan dalam kotak mungkin berkadar 15W sahaja.

    Ia akan mempunyai pengimbas cap jari dalam skrin serta rating kalis air IP67, manakala bicu audio 3.5mm pula telah dibuang.

    Jika anda berminat dengan siri Galaxy A32, anda boleh lihat di sini untuk spesifikasi penuh dan harga termurah berhampiran anda.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy A33 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Let’s Go Digital

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured