More

    Spesifikasi siri Black Shark 6 tertiris, miliki cipset SD 8 Gen 2 dan pengecasan 120W

    Pada Mac tahun lepas, Black Shark mengumumkan Black Shark 5 dan 5 Pro dalam pasaran. Terdapat khabar angin mengatakan bahawa syarikat itu mungkin sedang menghasilkan siri Black Shark 6 yang akan dilancar pada suku pertama 2023. Baru-baru ini, sumber berkongsi maklumat tentang spesifikasi utama siri Black Shark 6.

    Menurut sumber, siri Black Shark 6 akan mempunyai paparan rata dengan lubang tebuk pada bahagian tengah atas dan akan menyokong resolusi 2K tetapi tidak mendedahkan mengenai kadar penyegarannya. Siri Black Shark 6 akan menampilkan cipset Snapdragon 8 Gen 2 dan memuatkan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W.

    Untuk fotografi, ia akan mempunyai kamera utama Sony IMX686. Maklumat yang didedahkan juga menyatakan bahawa siri ini akan mempunyai pembesar suara dwi simetri untuk output stereo. Ia akan mempunyai sistem penyejukan aktif untuk pelesapan haba. Akhir sekali, peranti ini akan menggunakan binaan seramik.

    Black Shark 5 dan 5 Pro mempunyai spesifikasi yang sama tetapi ia berbeza pada bahagian kamera belakang. Oleh itu, terdapat kemungkinan Black Shark 6 dan 6 Pro mungkin datang dengan spesifikasi yang sama tetapi menawarkan keupayaan kamera yang berbeza. Pemberi maklumat tidak berkongsi sebarang maklumat mengenai jangka masa pelancaran untuk siri Black Shark 6.

    Kemungkinan besar, ia mungkin muncul pada bulan Mac di pasaran tempatan. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri Black Shark 6 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    NaviX Ultra: Cubaan kedua Nubia buat telefon AI

    Nubia secara rasmi melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu Nubia NaviX Ultra dalam pasaran China. Peranti ini dipasarkan sebagai telefon berasaskan ejen AI...

    Xiaomi 18 Pro disahkan hadir dengan aplikasi AI sendiri pada skrin belakang

    Xiaomi mengesahkan siri Xiaomi 18 Pro hadir dengan paparan skrin belakang dipanggil Versatile Back Screen yang menyokong pemprosesan aplikasi jana AI. Ciri...

    Siri OPPO A7 Pro diumum di Malaysia dengan bateri 10,000mAh, cas pantas 80W dan...

    OPPO melancarkan dua model peranti baharu untuk pasaran tempatan iaitu OPPO A7 Pro 5G dan OPPO A7 Pro Max 5G yang memfokuskan...

    Laptop boleh jadi PC gaming? UGREEN lancar LinkStation Pro dengan kuasa 850W

    UGREEN memperkenalkan dok kad grafik luaran (eGPU) baharu iaitu UGREEN LinkStation Pro yang menggunakan teknologi sambungan Thunderbolt 5. Kelajuan pemindahan data yang...

    KDN kini ada ‘Menteri AI’ untuk jawab soalan rakyat, sokong 12 bahasa

    Kementerian Dalam Negeri (KDN) melancarkan inisiatif AI Digital Human sebagai saluran interaktif baharu berasaskan teknologi kecerdasan buatan bagi mengendalikan soalan dan soalan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured