More

    Spesifikasi siri HONOR 500 didedahkan sebelum pelancaran sekitar 24 November 2025

    HONOR bakal melancarkan siri HONOR 500 dan HONOR 500 Pro di China dengan maklumat terkini didedahkan melalui penyenaraian rasmi di kedai dalam talian jenama itu. Walaupun tarikh pelancaran belum diumumkan, ia dijangka berlaku sekitar 24 November.

    Rekaannya menampilkan skrin rata dengan bezel nipis, kamera swafoto dengan lubang kecil di bahagian tengah dan modul kamera belakang melintang yang menyerupai gaya iPhone Air tetapi dengan lebih banyak lensa. Model Pro turut dilihat mempunyai modul kamera lebih kompleks serta satu butang baharu di bawah butang kuasa yang dijangka boleh diubah suai fungsinya.

    Daripada segi spesifikasi, siri HONOR 500 dijangka menampilkan skrin OLED 6.55 inci beresolusi 1.5K dengan kadar segar semula 120Hz dan kamera hadapan 50MP. HONOR 500 berkemungkinan hadir dengan kamera utama 200MP dan cipset Snapdragon 8s Gen 4, manakala HONOR 500 Pro dijangka dilengkapi cipset Snapdragon 8 Elite, kamera utama 200MP, lensa ultra-lebar dan kamera periskop 64MP.

    Kedua-dua model dijangka menjalankan MagicOS 10 berasaskan Android 16 dan bateri 8,000mAh dengan pengecasan 100W. Versi Pro dikhabarkan akan menyokong pengecasan wayarles. Kedua-dua model hadir dalam empat warna iaitu Aquamarine, Starlight Powder, Obsidian Black dan Moonlight Silver serta konfigurasi sehingga 16GB+512GB, manakala versi Pro menambah pilihan 16GB+1TB.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Peti ais untuk manusia ‘Do Hiemon Box’ dilancar di Jepun dengan harga ~RM43,260

    Syarikat pengeluar peti ais dan mesin layan diri dari Jepun, SDRS, bersama pembekal peralatan industri Trusco Nakayama telah memperkenalkan Do Hiemon Box....

    Pembelian Warner Bros oleh Paramount digantung 14 hari susulan saman 12 negeri

    Hakim persekutuan di California telah mengarahkan Paramount Skydance dan Warner Brothers Discovery untuk menangguhkan penggabungan mereka secara sementara. Keputusan ini dibuat bagi...

    Google lancarkan Gemini 3.6 Flash, 3.5 Flash-Lite dan 3.5 Flash Cyber

    Google secara rasmi memperkenalkan tiga model kecerdasan buatan (AI) baharu iaitu Gemini 3.6 Flash, Gemini 3.5 Flash-Lite dan Gemini 3.5 Flash Cyber....

    Storan akaun Google kini masukkan sekali SMS, sejarah panggilan dan sandaran telefon

    Google telah mula menghantar pemberitahuan kepada pengguna mengenai perubahan penggunaan ruang storan Google Account. Melalui kemas kini baharu, semua data sandaran peranti...

    Samsung Display perkenal panel tandem OLED pertama dengan pensijilan True Black 1400

    Samsung Display secara rasmi mula membekalkan panel tandem OLED baharu untuk laptop yang melepasi pensijilan VESA DisplayHDR True Black 1400. Piawaian baharu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured