More

    Spesifikasi siri HONOR Magic 4 tertiris sebelum pelancaran pada 28 Februari

    HONOR bakal melancarkan siri telefon pintar andalan HONOR Magic 4 dalam temasya Mobile World Congress (MWC) pada 28 Februari 2022. Siri telefon pintar ini dijangka terdiri daripada HONOR Magic 4, HONOR Magic 4 Pro dan HONOR Magic 4 Pro+.

    Menurut pengkhabar berita teknologi Ishan Agarwal, HONOR Magic 4 bakal dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1, skrin OLED FullHD+ berukuran 6.81 inci, bateri 4,800mAh, pengecasan pantas 66W, perisian Magic UI 6.0 berdasarkan Android 12 dan sistem audio DTS:X Ultra Sound.

    Untuk kamera, ia terdiri daripada kamera utama 50MP f/1.8 dengan penstabilan imej optikal (OIS), kamera ultra-lebar 50MP f/2.2, kamera telefoto 8MP f/3.4 dengan zum 50x dan kamera swafoto 12MP.

    Untuk HONOR Magic 4 Pro pula, ia akan dilengkapi cipset Snapdragon 8 Gen 1, skrin OLED FullHD+ berukuran 6.81 inci yang menyokong pengimbasan muka 3D, bateri 4,600mAh, pengecasan pantas 100W, pengecasan wayarles 50W dan perisian Magic UI 6.0 berdasarkan Android 12.

    Untuk kamera, ia terdiri daripada kamera utama 50MP f/1.8 dengan penstabilan imej optikal (OIS), kamera ultra-lebar 50MP f/2.2, kamera telefoto 64MP f/3.5 dengan zum 100x dan kamera swafoto 12MP f/2.4.

    Setakat ini masih tiada maklumat untuk spesifikasi HONOR Magic 4 Pro+. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri HONOR Magic 4 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...