More

    Spesifikasi siri vivo V23 terdedah, miliki Dimensity 1200, AMOLED FHD+ 6.65″ dan kamera 108MP bermula ~RM1,455

    vivo sedang bersiap sedia untuk mengumumkan siri vivo V23 pada 5 Januari ini. Siri vivo v23 memfokuskan pada gaya dan kamera. vivo V23 dan V23 Pro akan menyertai vivo V23e yang telah dilancarkan sebelum ini. Kini, spesifikasi dan butiran harga telefon bimbit siri-V Vivo yang akan datang telah didedahkan oleh salah seorang pemberi maklumat yang boleh dipercayai.

    Yogesh Brar melalui Twitternya berkongsi harga dan spesifikasi vivo V23 dan vivo V23 Pro. Menurut beliau, vivo V23 Pro 5G akan berharga antara INR 37,000 (~RM2,072) dan INR 40,000 (~RM2,240). Telefon ini hadir dalam warna Sunshine Gold dan Stardust Black. Warna emasnya akan berubah apabila terkena cahaya matahari atau cahaya UV.

    vivo V23 Pro akan menampilkan cipset MediaTek Dimensity 1200, paparan AMOLED FHD+ 6.65 inci melengkung dengan kadar penyegaran 90 Hz dan bateri 4,300 mAh dengan sokongan pengecasan 44W. Skrinnya terdapat takuk untuk dwi-kamera swafoto yang dijangkakan mempunyai kamera utama 50MP dan kamera ultralebar 8MP. Bahagian belakangnya mempunyai tiga kamera iaitu kamera utama 108MP, ultralebar 8MP dan makro 2MP.

    vivo V23 5G dilengkapi cipset Dimensity 920, paparan AMOLED FHD+ 6.44 inci dengan kadar segar semula 90Hz dan peranti ini juga mempunyai dwi-kamera swafoto 50MP + 8MP yang sama. Namun, kamera utama di belakangnya hanya 64MP. Peranti ini datang dalam varian dengan RAM 8GB atau 12GB dan sehingga 256GB storan dalaman. Baterinya berkapasiti 4,200 mAh dengan pengecasan 44W.

    Kedua-dua peranti akan menggunakan paparan antara muka Funtouch OS 12 berdasarkan Android 12. Pemberi maklumat mengatakan bahawa V23 akan dijual antara INR 26,000 (~RM1,455) dan INR 29,000 (~RM1,623). Sama seperti Pro, peranti ini dijual dalam warna Sunshine Gold dan Stardust Black.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri vivo V23 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...