More

    Spesifikasi siri vivo V27 didedah, bakal dilancar secara global pada 28 Februari ini

    Tarikh pelancaran global siri vivo V27 telah didedahkan. Ia menunjukkan kira detik ke acara pelancaran dalam 11 hari dari sekarang. Ini bermakna telefon pintar itu akan debut pada 1 Mac atau 28 Februari. Siri vivo V27 dijangka dibarisi oleh V27, V27 Pro dan V27e. Laman rasmi vivo telah mendedahkan spesifikasi utama sebelum pelancarannya.

    Siri vivo V27 disahkan menggunakan paparan 120Hz dengan potongan lubang tebuk tengah. Ia akan menampilkan skrin melengkung 3D dengan kelengkungan skrin 60 darjah yang menawarkan cengkaman ergonomik. Siri vivo V27 akan datang dengan modul kamera segi empat tepat yang besar menempatkan tiga sensor, denyar LED dan lampu bulat LED.

    Peranti ini disahkan menampilkan sensor Sony IMX766V 1/1.56” dengan sokongan untuk penstabilan imej optik (OIS). Ia juga akan mengekalkan panel belakang yang mempunyai kemasan warna berubah-ubah sama seperti siri vivo V25. Di pasaran global, siri vivo V27 akan datang dalam warna Emerald Green, Magic Blue, Noble Black dan Flowing Gold.

    Siri vivo V27 merupakan penjenamaan semula barisan vivo S16 yang diumumkan di China bulan lepas. Kita akan mengetahui lebih banyak butiran tentang siri vivo V27 dalam beberapa hari akan datang apabila semakin hampir dengan tarikh acara pelancaran.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri vivo V27 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: vivo

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...