More

    Spesifikasi skrin Samsung Galaxy Note20 didedahkan

    Jika jadual pelancaran telefon pintar Samsung pada tahun lepas adalah sama dengan tahun ini, siri Samsung Galaxy Note20 bakal dilancarkan tidak lama lagi jadi pelbagai maklumat sudah pun didedahkan di internet sekarang. Kini, maklumat tentang skrin telefon tersebut sudah pun disebarkan di Twitter oleh Ross Young, CEO Display Supply Chain Consultants (DSCC).

    Menurut beliau, Galaxy Note20 akan dilengkapi skrin yang lebih besar daripada Note10, iaitu berukuran 6.42 inci, dan mempunyai resolusi yang lebih besar sedikit iaitu 2345 x 1080 serta mengekalkan ketumpatan piksel 401 ppi seperti yang terdapat dalam Note10. Nisbah aspeknya pula adalah 19.5:9, besar sedikit daripada 19:9 yang terdapat pada Note10.

    Selain itu, seperti Samsung Galaxy S20, skrin Note20 juga akan mempunyai kadar segar semula 120Hz. Skrinnya dilengkapi Low-Temperature Polycrystalline Oxide (LTPO) untuk mengurangkan penggunaan tenaga sewaktu skrin itu memaparkan imej dalam 120Hz.

    Sementara itu, Galaxy Note20+ pula mempunya skrin yang lebih besar, pada 6.87 inci dengan resolusi 3096 x 1444, piksel yang lebih padat pada 497 ppi dan nisbah aspek 19.3:9. Ia turut dilengkapi LTPO dan kadar segar semula 120Hz.

    Namun, tidak seperti siri S20, Note20 tidak akan mempunyai varian Ultra. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy Note20 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured