More

    Spesifikasi utama iQOO Z7 Pro disahkan, dilengkapi cipset Dimensity 7200

    iQOO akan melancarkan iQOO Z7 Pro pada 31 Ogos dan peranti tersebut disahkan akan menggunakan skrin melengkung dengan lubang tebuk berpusat untuk kamera swafoto. Kini, iQOO telah mendedahkan spesifikasi utama Z7 Pro yang memberikan kita gambaran tentang apa yang bakal dibawakan oleh telefon tersebut.

    Sebagai permulaan, iQOO Z7 Pro akan dikuasakan oleh cipset Dimensity 7200 serta iQOO mendedahkan telefon pintar itu mendapat lebih daripada 700,000 mata dalam ujian penanda aras AnTuTu. Walau bagaimanapun, iQOO tidak mendedahkan RAM dan pilihan storan Z7 Pro.

    iQOO Z7 Pro akan setebal 7.36 mm dan menampilkan bahagian belakang AG Glass dengan kamera AURA Light 64MP OIS. Bagaimanapun, tiada pengesahan mengenai bilangan kamera belakang yang akan ditampilkan. Telefon pintar ini akan memuatkan skrin AMOLED dengan kadar penyegaran 120Hz dan resolusi mungkin akan menjadi FullHD+.

    Kami masih menunggu pengumuman rasmi iQOO tentang ketersediaannya dalam pasaran tempatan. Jangan lupa untuk kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...