More

    Spesifikasi realme GT 2 Pro disahkan, miliki cipset SM8450, skrin 6.51″ 120Hz dan RAM 12GB

    Telefon pintar realme dengan nombor model RMX3300 yang dipercayai varian GT 2 Pro didedahkan di laman AnTuTu baru-baru ini dengan skor lebih 1 juta mata. AnTuTu mengesahkan bahawa laporan pemarkahan telefon itu adalah sah.

    AnTuTu turut mendedahkan beberapa spesifikasi RMX3300 termasuk RAM 12GB LPDDR5, storan 512GB UFS 3.1, skrin dengan kadar segar semula 120Hz dan Android 12 berkemungkinan menggunakan paparan antara muka realme UI 3.0. RMX3300 dikuasakan oleh cipset Qualcomm SM8450 yang dijangka menggunakan nama Snapdragon 8 Gen1.

    Ini adalah peranti Android ketiga yang melepasi 1 juta mata pada ujian AnTuTu selepas melihat telefon pintar vivo dengan cipset Dimensity 9000 mencapai 1,002,220 mata dan peranti lain dengan Snapdragon 8 Gen1 mendapat 1,035,020 mata. AnTuTu mengatakan realme RMX3300 ialah prototaip.

    Jadi, anda boleh menjangkakan versi rasminya akan mendapat skor yang lebih tinggi dalam ujian yang akan datang dan menawarkan prestasi keseluruhan yang lebih baik. AnTuTu tidak mendedahkan sebarang spesifikasi realme RMX3300 yang lain.

    Namun, kebocoran maklumat minggu lalu mendedahkan bahawa versi GT 2 Pro dengan nombor model RMX3301 akan disertakan dengan cip Snapdragon 8 Gen1, UI Realme 3.0 berasaskan Android 12 dan skrin AMOLED FullHD+ 6.51 inci.

    Sumber itu juga mendakwa bahawa RMX3301 akan mempunyai storan RAM LPDDR5 dan UFS 3.1. Bahagian kamera RMX3301 akan mempunyai kamera swafoto 32MP dan kamera utama 50MP dengan OIS. Telefon pintar ini akan menyokong pengecasan UltraDart 125W tetapi kapasiti baterinya tidak diketahui.

    Realme GT 2 Pro dijangka tiba tahun depan dengan tanda harga sekitar CNY4,000 (~RM2,650) di China. Tetapi, kami masih belum menrima apa-apa maklumat rasmi daripada realme. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured