More

    Spesifikasi vivo S10 Pro muncul di Google Play Console, hadir dengan cipset Dimensity 1100

    Beberapa hari lalu, vivo telah mengumumkan telefon pintar vivo S10 dan vivo S10 Pro. Namun sebelum tarikh pelancaran, peranti ini telah dikesan di Google Play Console dengan spesifikasi pentingnya. Tambahan lagi, sebuah video telah muncul di media sosial menunjukkan panel belakangnya yang sensitif dengan cahaya ultraviolet (UV).

    Penyenaraian Play Console mengesahkan bahawa vivo S10 Pro (nombor model V2121A) dikuasai oleh cipset Dimensity 1100 bersama RAM 12GB dan storan UFS 3.1 setinggi 256GB. Skrin peranti ini juga beresolusi Full HD+ dan menggunakan perisian Android 11 OS.

    vivo S10 Pro juga hadir dengan takuk lebar yang menempatkan sistem kamera swafoto berdua 44MP. Pada bahagian belakang, ia dilengkapi tiga kamera dengan kamera utama 108MP.

    Peranti ini juga dijangka akan hadir dengan bateri 3,970mAh yang menyokong pengecasan pantas 44W. Untuk versi biasa iaitu vivo S10, ia dikatakan akan mengekalkan spesifikasi yang hampir sama dengan vivo S10 Pro. Perbezaannya adalah pada kamera utama 64MPnya.

    Seperti yang diberitahu tadi, sebuah video telah muncul dalam talian yang menunjukkan perubahan warna pada panel belakangnya apabila didedahkan dengan cahaya UV. Bukan itu sahaja, video itu menunjukkan bagaimana cahaya UV digunakan untuk ‘melukis’ panel belakang peranti tersebut.

    Apa pun, nantikan butiran lanjut mengenai siri vivo S10 dalam masa yang terdekat. Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...