More

    Spesifikasi vivo X70 dikesan di Geekbench, mungkin dilengkapi Dimensity 1200

    Siri telefon pintar andalan vivo X60 telah diperkenalkan pada hujung tahun 2020, jadi sekarang ini adalah masa yang sesuai untuk berita tentang telefon andalan seterusnya vivo X70 mendapat perhatian. Ia sudah pun dikhabarkan akan dilancar pada bulan September 2021 dan kini spesifikasi asasnya telah pun dikesan dalam perkhidmatan penanda aras Geekbench.

    vivo X70 disenaraikan dengan nombor model V2104 di mana ia dilengkapi RAM 12GB dan sistem operasi Android 11. Cipsetnya pula adalah MediaTek Dimensity 1200, berdasarkan kod nama MT6893 dalam seksyen CPU.

    Untuk markah penanda arasnya pula, ia meraih 871 mata untuk ujian teras tunggal dan 3,105 mata untuk ujian multi-teras. Ini menempatkannya setaraf dengan telefon andalan lain dan serupa dengan vivo X60.

    Sebelum ini, vivo X70 telah disenaraikan dalam pengiktirafan China 3C di mana ia mungkin dilengkapi pengecasan pantas 44W dan setakat ini terdiri daripada dua varian iaitu vivo X70 dan vivo X70 Pro. Selain itu, masih belum diketahui jika ia akan meneruskan teknologi kamera Zeiss yang terdapat pada siri vivo X60.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan vivo X70 nanti dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: My Smart Price

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured