More

    Spesifikasi vivo X80 tertiris, mungkin dilengkapi Dimensity 9000 dan kamera Sony IMX866

    Siri telefon pintar andalan vivo X80 dikhabarkan bakal dilancar pada akhir bulan ini di China dan kini maklumat tentangnya telah pun tertiris. Seperti siri vivo X70 pada tahun lepas, vivo X80 mungkin akan terdiri daripada tiga varian utama iaitu vivo X80, vivo X80 Pro dan vivo X80 Pro+.

    vivo X80 dan vivo X80 Pro dijangka akan mempunyai spesifikasi yang serupa kecuali daripada segi kamera dan skrin. Kedua-dua telefon mungkin mempunyai skrin AMOLED E5 berukuran 6.78 inci dengan kadar 120Hz, kecerahan 1,500 nits dan pengimbas cap jari dalam skrin, namun vivo X80 dilengkapi resolusi FullHD+ manakala vivo X80 Pro dilengkapi resolusi Quad HD+ dan panel LTPO.

    Kedua-dua telefon mungkin akan dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 9000, RAM LPDDR5 sehingga 12GB, storan UFS 3.1 sehingga 512GB dan pengecasan pantas 80W. vivo X80 dijangka akan mempunyai kapasiti bateri 4,500mAh manakala vivo X80 Pro pula mempunyai bateri 4,700mAh.

    vivo X70 Pro

    Daripada segi kamera, vivo X80 mungkin dilengkapi kamera utama 50MP dengan sensor Sony IMX866 dan penstabilan imej optikal (OIS), kamera ultra-lebar 12MP dan kamera telefoto/potret 12MP dengan sensor Sony IMX663.

    Untuk vivo X80 Pro pula, ia mungkin dilengkapi kamera utama 50MP dengan sensor Samsung GN1 dan OIS, kamera ultra-lebar 48MP dengan sensor Sony IMX598, kamera potret dengan sensor Sony IMX663, OIS dan zum optikal 2x serta kamera telefoto periskop 8MP dengan zum 5x dan OIS.

    Kedua-dua telefon mungkin dilengkapi kamera swafoto 32MP dengan sensor Sony IMX616. Spesifikasi lain termasuklah sistem penyejukan dengan kamar wap 4,300mm2, pembesar suara stereo, NFC, pemancar infra-merah, rating kalis air IP68 dan Android 12.

    Setakat ini masih tiada maklumat awal tentang spesifikasi vivo X80 Pro+. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri vivo X80 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured