More

    Spesifikasi vivo Y21s tertiris, mungkin dilengkapi Helio G80, kamera 50MP, harga ~RM1,125

    vivo telah memperkenalkan telefon kelas permulaan vivo Y21 pada bulan Ogos lalu di mana ia dilengkapi cipset MediaTek Helio P35. Kini, vivo dikhabarkan bakal melancarkan varian yang lebih canggih iaitu vivo Y21s dan ia bakal dilengkapi cipset yang lebih pantas.

    vivo Y21s dikhabarkan akan mempunyai cipset MediaTek Helio G80 yang lebih pantas sedikit berbanding Helio P35, walaupun kedua-duanya mempunyai nod 12nm. Di samping itu, satu lagi penambahbaikan adalah daripada segi kamera di mana vivo Y21s bakal dilengkapi kamera utama 50MP, lebih jelas daripada kamera 13MP dalam vivo Y21.

    Selain perbezaan di atas, kedua-dua varian mempunyai banyak persamaan, termasuk skrin berukuran 6.5 inci dengan resolusi HD+, kamera swafoto 8MP yang ditempatkan dalam takuk (notch) di atas skrin, bateri 5,000mAh, pengecasan 18W dan bicu audio 3.5mm.

    Kamera utama vivo Y21s akan didampingi kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP. Telefon ini akan mempunyai memori RAM 4GB serta storan 128GB yang boleh dibesarkan dengan kad microSD, manakala harganya untuk pasaran Eropah pula dikhabarkan adalah EUR229 (~RM1,125).

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured