More

    Spesifikasi vivo Y70 didedahkan, bakal menjadi telefon kedua dilengkapi cipset Exynos 880

    Sebelum ini, vivo telah memperkenalkan vivo Y70s yang merupakan telefon pintar pertama dalam dunia yang dilengkapi cipset Samsung Exynos 880. Kini, syarikat itu sedang bersiap untuk memperkenalkan varian baru iaitu vivo Y70 dan spesifikasinya sudah pun didedahkan dalam laman sosial Weibo.

    Seperti Y70s, vivo Y70 turut dilengkapi cipset Exynos 880 iaitu cipset telefon kelas pertengahan terbaru daripada Samsung. Cipset itu menyokong rangkaian 5G, RAM LPDDR4X, storan UFS2.1 dan dilengkapi CPU lapan teras serta GPU ARM Mali-G76 MP5.

    vivo Y70 bakal mempunyai skrin Full HD+ (2400 x 1080) 60Hz. Daripada segi memori, ia dilengkapi RAM 6GB atau 8GB manakala storan adalah 128GB. Perlu diketahui bahawa vivo Y70s tidak menyokong kad memori microSD, jadi mungkin Y70 juga adalah sama seperti Y70s.

    Ia mempunyai kamera yang sama dengan Y70s iaitu kamera utama 48MP dengan sensor Samsung GM1, kamera ultra-lebar 8MP serta sensor kedalaman 2MP. Namun, kamera hadapannya berbeza di mana Y70 mempunyai kamera hadapan 8MP dengan sensor OV8856.

    vivo Y70 mempunyai bateri 4,500mAh yang boleh dicas dengan pengecasan pantas 18W melalui port USB Type-C. Menurut laporan awal ini juga, ia akan dijual pada harga CNY1,798 (~RM1,090) untuk varian RAM 6GB dan CNY1,998 (~RM1,212) untuk varian RAM 8GB.

    Namun ini semua adalah maklumat awal yang masih belum disahkan rasmi oleh vivo. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan vivo Y70 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured