More

    Spesifikasi Xiaomi 12 Ultra didedah, mungkin dilengkapi kamera 50MP 5x zum dan pengimbas cap jari ultrasonik

    Baru-baru ini, terdapat pendedahan mengenai kamera belakang Xiaomi 12 Ultra. Beberapa hari kemudian, seorang lagi jurugambar mendedahkan lebih banyak maklumat tentang salah satu kamera dan jenis sensor cap jari yang akan digunakan dalam telefon ini.

    Menurut 熊猫很禿然 (Panda Botak) di Weibo, Xiaomi 12 Ultra akan menampilkan kamera periskop 1/1.5” dengan zum optik 5x lebih besar berbanding kamera periskop 48MP 5x Mi 11 Ultra yang berukuran 1/2.0”.

    Sebelum ini, Digital Chat Station mendedahkan bahawa Xiaomi 12 Ultra tidak memiliki kamera 200MP tetapi digantikan kepada tiga sensor 50MP. Terdapat beberapa penganalisa teknologi juga turut menyokong perkara yang sama. Memandangkan salah satu daripada sensor 50MP ini kini dikatakan menggunakan lensa periskop 5x, selebihnya dipasangkan dengan lensa sudut lebar dan sudut ultra lebar masing-masing.

    Sumber mengatakan bahawa Xiaomi 12 Ultra akan menempatkan sensor cap jari ultrasonik di bawah paparannya. Ini akan menjadikan Xiaomi 12 Ultra sebagai telefon pintar pertama yang memiliki persediaan tersebut. Tambahan Xiaomi hanya menggunakan pengimbas cap jari dalam skrin optik pada telefon bimbitnya. Jika dilihat balik, Mi 5s keluaran tahun 2016 juga mempunyai sensor cap jari ultrasonik di bahagian bawah telefon dan bukannya di bawah paparan.

    Kami pasti akan kongsikan lebih banyak maklumat yang bakal tiba menjelang hari pelancaran Xiaomi 12 Ultra. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...