More

    Spesifikasi Xiaomi 12 Ultra tertiris, mungkin antara telefon terawal dengan Snapdragon 8 Gen 1+

    Xiaomi dijangka bakal melancarkan telefon pintar andalan, Xiaomi 12 Ultra, tidak lama lagi dan kini spesifikasi penuh untuk telefon itu telah pun tertiris.

    Menurut EqualLeaks, Xiaomi 12 Ultra akan dilengkapi skrin OLED berukuran 6.73 inci dengan resolusi 2K dan kadar segar semula 120Hz. Skrin ini bakal mempunyai panel AMOLED E5 oleh Samsung dan teknologi LTPO 2.0 yang bermaksud kadar segar semulanya boleh direndahkan sehingga 1Hz untuk menjimatkan bateri.

    Spesifikasi dalamannnya pula terdiri daripada cipset Snapdragon 8 Gen 1 Plus, RAM LPDDR5, storan dalaman UFS3.1, bateri 4,900mAh, pengecasan pantas 120W dan pengecasan wayarles pantas 50W. Memandangkan Snapdragon 8 Gen 1 Plus dijangka akan dilancar pada separuh kedua 2022, Xiaomi 12 Ultra akan menjadi antara telefon terawal yang dilengkapi cipset tersebut.

    Rekaan Xiaomi 12 Ultra yang telah tertiris sebelum ini

    Ciri-ciri lain termasuklah pengimbas cap jari, pemancar infra-merah, pembesar suara stereo dan rating kalis air IP68. Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 50MP dengan sensor Sony IMX989, kamera ultra-lebar 48MP, kamera telefoto 48MP dengan zum hibrid 120x dan kamera swafoto 32MP.

    Selain itu, ia mungkin akan dijual dalam empat varian memori iaitu:

    • 8GB+256GB: USD885 (~RM3,890)
    • 12GB+256GB: USD960 (~RM4,225)
    • 12GB+512GB: USD1,005 (~RM4,420)
    • 16GB+512GB: USD1,080 (~RM4,750)

    Sebelum ini, reka bentuknya juga telah tertiris namun setakat ini masih tiada maklumat rasmi tentang Xiaomi 12 Ultra. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured