More

    Spotify kini benarkan pengguna kongsi lagu didengar secara masa nyata

    Spotify memperkenalkan dua ciri baharu dalam fungsi Messages iaitu Listening activity dan Request to Jam yang membolehkan pengguna melihat serta berkongsi aktiviti mendengar muzik secara masa nyata. Ciri Listening activity membolehkan pengguna memaparkan lagu yang sedang didengar terus dalam Messages. Fungsi ini bersifat pilihan (opt-in) dan dimatikan secara lalai.

    Jika pengguna tidak sedang mendengar muzik, lagu terakhir yang dimainkan akan dipaparkan. Maklumat ini hanya boleh dilihat oleh rakan atau ahli keluarga yang telah disambungkan dalam Messages di Spotify. Pengguna masih boleh melihat aktiviti mendengar orang lain walaupun mereka tidak mengaktifkan Listening activity sendiri selagi pihak tersebut menghidupkan fungsi berkenaan.

    Untuk mengaktifkannya, pengguna perlu pergi ke tetapan Privacy and social dalam aplikasi Spotify. Setelah diaktifkan, aktiviti mendengar akan dipaparkan pada bar sisi Messages serta di bahagian atas perbualan. Pengguna juga boleh memilih kenalan tertentu sahaja untuk melihat aktiviti ini dan boleh mematikannya pada bila-bila masa.

    Apabila pengguna memilih aktiviti mendengar rakan, mereka boleh menambah lagu tersebut ke dalam pustaka, mendengar, membuka menu konteks lagu atau memberi reaksi menggunakan emoji standard yang disediakan. Request to Jam pula diperkenalkan sebagai kaedah baharu untuk menjemput rakan menyertai sesi mendengar bersama secara langsung.

    Walaupun ciri Jam telah lama tersedia untuk mendengar muzik bersama dari lokasi berbeza, Spotify menyatakan sukar untuk mengetahui sama ada rakan bersedia untuk mendengar pada masa yang sama. Melalui Request to Jam, pengguna boleh melihat apabila seseorang sedang mendengar muzik, menghantar permintaan untuk menyertai sesi Jam dan berbual semasa mendengar.

    Bagi pengguna Premium, permintaan Jam boleh dihantar melalui Messages dengan menekan ikon Jam di bahagian atas kanan perbualan. Jika permintaan diterima, penerima akan menjadi hos sesi Jam dan kedua-dua pihak boleh menambah lagu ke dalam senarai main bersama serta mendengar serentak.

    Pengguna boleh keluar daripada sesi Jam pada bila-bila masa manakala permintaan yang tidak diterima akan luput secara automatik selepas beberapa minit. Kedua-dua ciri ini sedang dilancarkan secara berperingkat kepada pengguna Spotify dan dijangka tersedia secara meluas menjelang awal Februari.

    Listening activity boleh digunakan oleh semua pengguna, manakala Request to Jam hanya ditawarkan kepada pelanggan Spotify Premium. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan ciri baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: Spotify

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured