More

    Spotify kini boleh cipta senarai main secara automatik ketika anda di luar talian

    Hari ini, Spotify melancarkan penyelesaian kepada masalah memuat turun senarai main kegemaran pengguna apabila berada di luar talian dan ia tentunya untuk pelanggan Premium. Dengan Offline Backup, Spotify akan membuat senarai main secara automatik supaya anda boleh mendengarnya walaupun semasa anda berada di luar talian.

    Ia termasuk trek anda yang strim, tambah pada senarai lagu dan lagu telah dicache pada peranti anda. Anda boleh menapis dan membuang lagu dalam senarai main mengikut artis, mood, genre dan Offline Backup akan berubah apabila anda terus mendengar. Langkah ini membuatkan pengguna sentiasa mempunyai sesuatu yang baharu untuk didengar.

    Oleh itu, apabila anda berada di kawasan tanpa isyarat, anda akan sentiasa mempunyai sesuatu untuk didengari walaupun terlupa memuat turun beberapa senarai main terlebih dahulu. Sandaran Offline Backup tidak menggunakan data atau storan tambahan kerana ia berfungsi dengan trek yang telah dicache.

    Ciri baharu itu kini dilancarkan kepada pengguna Spotify Premium secara global pada kedua-dua platfrom Android dan iOS. Ia akan muncul secara automatik dalam suapan Laman Utama apabila anda berada di luar talian. Untuk memaparkannya, anda perlu mendayakan pendengaran luar talian dan telah mendengar lebih daripada lima lagu baru-baru ini.

    Anda juga boleh menambahkan Offline Backup pada Pustaka anda untuk mencarinya dengan mudah pada bila-bila masa. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Spotify

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...