More

    Spotify lancarkan ciri lirik ketika mendengar lagu untuk semua penggunanya

    Spotify akhirnya membawa kembali fungsi liriknya kepada semua pengguna. Fungsi lirik ini tersedia untuk semua pengguna walaupun tidak melanggan pakej premium. Ini bermaksud bahawa pengguna yang menggunakan aplikasi ini secara percuma juga akan menikmati ciri lirik.

    Lirik disediakan oleh Musixmatch sebagai sebahagian daripada perkongsian bersama Spotify dan perkhidmatan itu mendakwa bahawa ia merangkumi lebih daripada 8 juta lagu. Ciri ini kini boleh diakses oleh semua penggunanya.

    Aplikasi ini juga ditambah baik kerana menawarkan perkongsian lirik di media sosial dan pada semua platform seperti iOS, Android, Windows, konsol permainan serta TV pintar yang mempunyai aplikasi Spotify.

    Spotify sedang mengalih keluar ciri “Behind the Lyrics” yang menyediakan bukan sahaja lirik tetapi trivia menarik di sebalik penulisan lagu dan artis itu sendiri. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured