More

    Spotify lancarkan mod ‘karaoke’ yang boleh menilai nyanyian, percuma untuk semua pengguna

    Jika anda peminat karaoke dan pada masa yang sama pengguna Spotify, maka ciri terbaharu yang ada pada aplikasi ini akan membantu anda untuk menyanyi di mana-mana dan pada bila-bila waktu. Terdapat mod karaoke yang dilancar oleh Spotify pada kedua-dua platform iOS dan Android.

    Untuk ciri ‘Sing’ ini, Spotify akan menggunakan mikrofon pada peranti anda. Selain itu, mod ini juga akan menilai nyanyian anda dan memberitahu anda sama ada ia tepat pada lirik dan nada lagu. Ciri baharu ini adalah percuma untuk semua pengguna Spotify dan ia boleh menguji keupayaan nyanyian mereka.

    Untuk memasuki mod karaoke, anda hanya perlu memainkan lagu dan tatal ke bawah sehingga jumpa pilihan ‘Sing’ dengan ikon mikrofon akan muncul di bahagian atas sebelah kanan. Kiraan detik 3 saat akan muncul dan selepas itu, anda boleh menyanyikan lagu tersebut dengan penganalisis audio kelihatan di tengah-tengah skrin.

    Selepas lagu itu tamat, Spotify kemudiannya akan memberitahu anda peratusan vokal tepat kepada lirik dan nada lagu. Ia adalah mod yang agak menyeronokkan terutamanya jika anda suka untuk dinilai dalam aspek nyanyian. Bagi mereka yang telah menggunakan ciri ini, apakah pendapat anda tentang mod karaoke ini?

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: TechRadar

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...