More

    Spotify letak lencana khas untuk profil artis yang sebenarnya AI

    Spotify mengumumkan pengenalan lencana AI Persona bagi memberi petunjuk kepada pendengar bahawa identiti sesebuah profil artis adalah dijana oleh kecerdasan buatan dan bukannya manusia sebenar. Langkah ini diambil susulan maklum balas pengguna yang tidak gemar apabila profil yang kelihatan seperti manusia rupanya merupakan persona AI.

    Mulai pertengahan September, lencana tersebut akan mula dipaparkan pada banner profil artis, bahagian About, keputusan carian dan baris trek dalam senarai main. Spotify tidak akan memasukkan profil AI Persona ke dalam sebarang algoritma atau editorial untuk mengelakkan lagu daripada artis AI muncul dalam cadangan peribadi pengguna kecuali jika pengguna memilih untuk mengikut profil tersebut.

    Bermula hari ini, artis boleh membuat pengakuan kendiri melalui akaun Spotify for Artists sekiranya profil mereka mewakili persona AI. Selain pengakuan kendiri, Spotify akan membuat semakan ke atas profil artis yang menampilkan identiti berasaskan AI photorealistic bermula dengan profil yang memenuhi angka saiz audiens tertentu.

    Bagi profil yang dikenakan lencana oleh pasukan semakan Spotify, pemegang akaun akan dimaklumkan dan diberikan peluang untuk membuat pengakuan kendiri atau mengemukakan rayuan. Dalam tempoh beberapa bulan akan datang, Spotify turut merancang untuk membenarkan pendengar melaporkan profil yang disyaki sebagai AI Persona kepada pasukan semakan mereka.

    Pihak syarikat menjelaskan bahawa label AI Persona tertumpu kepada identiti awam artis dan bukannya kaedah penghasilan muzik. Sebelum ini, Spotify telah melancarkan ciri Verified by Spotify, AI Credits, SongDNA, Artist Details dan Artist Profile Protection bagi menyokong ketelusan serta ketepatan maklumat artis di platform tersebut.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Spotify

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured