More

    Spotify naikkan harga Premium, pertingkatkan ‘Lossless Audio’ lebih berkualiti

    Spotify baru sahaja menaikkan harga langganan Premium di Malaysia, dipercayai berkait dengan pelancaran ciri baharu Lossless Audio yang lama dinantikan. Kadar baharu adalah seperti Individu pada RM17.50/bulan, Pelajar berharga RM9.50/bulan, Duo pula pada RM24.50/bulan dan Keluarga dengan RM27.90/bulan.

    Bagi pelanggan sedia ada, harga ini akan dikuatkuasakan secara automatik pada kitaran bil seterusnya. Spotify menjelaskan bahawa kenaikan ini penting untuk memastikan platform terus mampan serta memberikan pengalaman muzik terbaik.

    Kenaikan ini berlaku seiring dengan pengumuman rasmi Spotify mengenai Lossless Listening (penstriman dalam format FLAC sehingga 24-bit/44.1 kHz) untuk pengguna Premium di pasaran terpilih. Dahulu, ramai menjangka ciri ini akan ditawarkan melalui pelan khas yang lebih mahal (dikenali sebagai “Spotify HiFi” atau “Music Pro”) tetapi Spotify mengesahkan ia kini disertakan dalam langganan Premium tanpa caj tambahan sekurang-kurangnya buat masa ini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Spotify

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...