More

    Spotify umum kenaikan harga langganan, Malaysia dijangka terlibat mulai September

    Spotify mengumumkan akan menaikkan harga langganan Premium individu bermula September 2025 di beberapa pasaran global termasuk Asia Selatan, Asia Tenggara, Timur Tengah dan Amerika Latin menjadikan Malaysia antara negara yang dijangka terlibat.

    Menurut sumber, harga langganan Premium akan meningkat dari €10.99 kepada €11.99 sebulan iaitu sekitar RM62 mengikut kadar tukaran semasa. Bagaimanapun, harga rasmi untuk pasaran Malaysia masih belum diumumkan secara khusus. Spotify memaklumkan bahawa pelanggan sedia ada akan menerima notis e-mel dalam tempoh terdekat berkaitan perubahan ini.

    Setakat ini, pelarasan hanya melibatkan pelan Premium individu. Pelan lain seperti Duo, Keluarga dan Pelajar belum dinyatakan sama ada turut terlibat. Kenaikan ini dibuat selepas syarikat mencatatkan kerugian bersih sebanyak €86 juta bagi suku kedua 2025 berpunca daripada kos operasi dan cukai yang meningkat.

    Walaupun harga naik, pasaran saham memberikan reaksi positif dengan harga saham Spotify melonjak antara 3 hingga 8 peratus selepas pengumuman yang menunjukkan keyakinan pelabur terhadap strategi penjanaan pendapatan syarikat itu. Bagi pengguna di Malaysia, pelan Premium sebelum ini berharga RM15.90 sebulan dan dijangka meningkat seiring pelarasan global.

    Pengguna disarankan untuk menyemak e-mel masing-masing bagi sebarang pemberitahuan rasmi daripada Spotify menjelang September. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Reuters

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...