More

    “Status KWSP” dan “cara solat terawih” antara carian Google paling popular di Malaysia pada April 2022

    Google Malaysia telah mengumumkan senarai perkataan yang paling banyak dicari oleh rakyat Malaysia sepanjang bulan April 2022. Topik kata carian dalam senarai ini merangkumi pelbagai topik, seperti pengeluaran wang daripada tabung Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sukan, hiburan dan banyak lagi.

    Sejak kerajaan Malaysia membenarkan pengeluaran wang sehingga RM10,000 daripada akaun KWSP, ia telah menjadi kata carian yang paling popular dalam enjin carian tersebut. Rakyat Malaysia yang memohon boleh semak status permohonan mereka bermula 9 April 2022.

    Selain itu, bulan puasa Ramadhan yang berlangsung sepanjang bulan April menyebabkan rakyat Malaysia untuk mencari lebih banyak maklumat tentang bulan tersebut seperti niat puasa, waktu buka puasa dan bacaan solat Tarawih.

    Sukan boleh sepak juga tidak tertinggal daripada senarai kata carian ini, seperti perlawanan di antara kelab popular termasuklah Liverpool vs Benfica, Man City vs Liverpool, Man United vs Leicester City dan Liverpool vs Watford.

    Daripada segi hiburan, tajuk drama yang paling banyak dicari dalam Google pada bulan April adalah Wedding Agreement manakala pelakon paling dicari pula adalah Park Ji Hyun, seorang pelakon wanita dari Korea Selatan yang dikhabarkan mula berpacaran dengan Ahn Hyo Seop.

    Untuk isu terkini pula, nama 沈可婷 (Sam Ke Ting) kerap dibincangkan di Google selepas beliau menerima hukuman penjara selama enam tahun, susulan daripada kemalangan jalan raya yang melibatkan kematian lapan orang kanak-kanak yang menunggang basikal lajak secara berbahaya.

    气候 变化 (perubahan iklim) turut banyak dicari dalam Google pada Hari Bumi yang jatuh pada 22 April. Warga netizen Malaysia ingin mengetahui lebih banyak tentang amalan yang boleh dilakukan bagi memelihara alam sekitar.

    Berikut adalah senarai penuh untuk carian Google paling popular pada bulan lalu:

    "
    "
    • Semakan Status KWSP / Semakan Pengeluaran KWSP
    • Liverpool vs Benfica
    • Cara solat terawih / Doa sebelum berbuka / Waktu berbuka puasa
    • Man City vs Liverpool / Man United vs Leicester City
    • Liverpool vs Watford
    • 气候 变化 (Climate change)
    • Barcelona vs Eintracht Frankfurt
    • 沈可婷 (Sam Ke Ting)
    • Wedding Agreement
    • Park Ji Hyun

    Kongsi pendapat anda tentang senarai ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...