More

    Stesen TRX dan Bukit Bintang kini sokong pembayaran melalui debit, kredit untuk beli token

    RapidKL kini memulakan pelaksanaan kaedah pembayaran menggunakan kad debit dan kredit di mesin jual token untuk laluan MRT Kajang. Untuk pengetahuan, Stesen Tun Razak Exchange (TRX) dan Bukit Bintang telah menyokong pilihan pembayaran ini.

    Para penumpang juga boleh membeli token menggunakan Apple Pay, Samsung Pay dan Google Pay di stesen-stesen tersebut. Menurut wakil daripada syarikat induk RapidKL, Prasarana, pelaksanaan ini masih berada dalam “fasa percubaan” untuk Laluan Kajang.

    Perlu diingatkan bahawa kad bank dan sistem pembayaran tanpa sentuh kini hanya diterima di mesin jual token dan bukannya di pintu masuk stesen MRT. Langkah ini selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke pada tahun 2023 yang meminta pengendali pengangkutan awam supaya mengadaptasi sistem pembayaran terbuka.

    Pengguna dijangka dapat menikmati sistem pembayaran ini di semua laluan rel Lembah Klang menjelang Ogos tahun ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Star

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured