More

    Storan Samsung Galaxy S23 bermula 256GB, tiada lagi varian 128GB

    Samsung mungkin melancarkan semua telefon pintar dalam siri Galaxy S23 dengan storan yang bermula daripada 256GB menurut dakwaan khabar angin terkini. Menurut salah seorang sumber di Twitter, pilihan 128GB telah hilang dan ini bermakna tidak akan ada versi RAM 8GB bagi Galaxy S23 Ultra.

    Varian Galaxy S23 Ultra mungkin bermula dengan 256GB dan RAM 12GB. Sumber itu mendedahkan terdapat hanya satu pilihan storan untuk S23 dan S23+ tetapi tiga pilihan verian untuk model Ultra. Hal ini menimbulkan persoalan sama ada ia adalah senarai penuh varian atau hanya telefon varian teratas.

    Galaxy S22 dan Galaxy S22+ kedua-duanya bermula dari 8/128GB tetapi kini Galaxy S23 dan Galaxy S23 akan mempunyai 8/256 GB sebagai varian asas. Galaxy S23 Ultra akan mempunyai tiga pilihan iaitu 12/256GB, 12/512GB dan 12 GB/1TB.

    Cip storan dalam telefon andalan 2022 menggunakan UFS 3.1 tetapi kami menjangkakan siri Galaxy S23 akan bertukar kepada UFS 4.0. UFS 4.0 membawa kelajuan membaca data 2 kali lebih pantas dan kelajuan menulis data 1.6 kali lebih pantas. Terdapat juga peningkatan 46% dalam kecekapan kuasa yang akan meningkatkan hayat untuk bateri yang lebih besar.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...