More

    Sudah-sudahlah! 5 perkara syarikat telefon pintar perlu hentikan sekarang

    Di TechNave, tugas kami adalah untuk melaporkan tentang sebarang berita telefon pintar atau gajet elektronik demi para pembaca kami. Selalunya ia adalah sesuatu yang kami amat komited untuk laksanakan. Walau bagaimanapun kadang kala kami perasan juga beberapa perkara aneh yang sering dilakukan oleh syarikat-syarikat telefon pintar. Dalam artikel ini, kami telah menyenaraikan lima perkara yang kami rasakan perlu dihentikan oleh syarikat-syarikat tersebut:

    1 – Usah hebahkan kebolehan 5G sewaktu ia masih belum meluas

    Tentunya anda sudah pun didedahkan dengan pelbagai iklan telefon pintar yang mengatakan boleh menyokong rangkaian 5G. Kami pun amat teruja dengan kelajuan internet yang mampu ditawarkan oleh teknologi 5G, namun kami berasa pelik apabila syarikat telefon pintar sering mengiklankan telefon mereka dengan kebolehan 5G sewaktu rangkaian tersebut masih belum meluas di Malaysia dan serata dunia.

    Malah, jika rangkaian 5G sudah meluas pada masa akan datang, pada waktu itu telefon 5G yang dipasarkan pada tahun 2020 sudah pun menjadi lapuk dan mungkin tidak lagi menerima sokongan dan kemas kini daripada syarikat telefon pintar. Oleh itu, pada masa ini lebih elok jika anda membeli telefon yang lebih murah dan usah belanjakan duit anda terhadap fungsi 5G yang masih tidak boleh digunakan sepenuhnya di Malaysia.

    2 – Jangan cepat sangat lancarkan telefon dalam jangka masa singkat

    Sebuah lagi masalah yang dialami pengguna adalah syarikat telefon pintar yang kerap melancarkan banyak telefon pintar dalam jangka masa yang singkat. Sebagai contoh, sebaik sahaja Telefon A dilancarkan, Telefon A2 atau AS pula dilancarkan beberapa minggu kemudian. Kadang kala, sewaktu pelancaran Telefon B, Telefon B2 turut datang tanpa sebarang makluman awal.

    Mungkin beberapa syarikat telefon pintar boleh belajar daripada Apple yang mengambil masa dalam melancarkan iPhone mereka. Walaupun mereka tidak melancarkan banyak telefon, iPhone 11 adalah antara telefon pintar yang terlaris dalam dunia pada waktu ini. Mutu tinggi yang diperkenalkan oleh Apple lebih dihargai oleh pelanggan berbanding jenama telefon pintar yang kerap mengeluarkan produk baru.

    3 – Usah gila-gilakan kadar segar semula yang tinggi

    Bermula dengan 60Hz, kemudian 90Hz, dan kini kebanyakan jenama telefon pintar berlumba-lumba ingin memberikan kadar segar semula (refresh rate) yang paling tinggi. Skrin yang mempunyai kadar segar semula yang tinggi tentunya memberikan pengalaman menatal (scrolling) yang lebih lancar, terutamanya sewaktu melayari media sosial, namun perlu kita ingati bahawa majoriti aplikasi tidak menyokong paparan lebih tinggi daripada 60Hz.

    Bagi yang masih tidak mengenali apa itu kadar segar semula, ia adalah sebuah ciri dalam skrin yang membenarkan anda untuk menatal skrin tanpa lag yang jelas. Secara asasnya, setiap kali anda meleret jari anda, skrin telefon perlu ubahkan imej atau ‘menyegar semula’ (refresh) bagi mengikut gerak jari anda. Jadi jika telefon anda mempunyai kadar 60Hz, skrin anda boleh mengubah imej yang dipaparkan sebanyak 60 kali sesaat.

    Walaupun terdapat game yang boleh mencapai 120Hz, kebanyakannya adalah game yang tidak begitu popular. Untuk aplikasi yang bukan gaming pula, tidak semuanya telah dioptimakan (optimised) untuk skrin yang mempunyai kadar segar semula tinggi. Ciri ini lebih elok digunakan dalam paparan OLED jika GPU dan CPU telefon tersebut boleh menyokongnya.

    "
    "

    4 – Tak perlu bandingkan produk anda dengan jenama lain

    Jika anda sudah kerap menonton pelancaran telefon pintar, anda boleh menjangkakan sebuah segmen di mana syarikat tersebut akan membandingkan telefon itu dengan telefon jenama lain dan menjelaskan bagaimana telefon mereka adalah lebih baik berbanding telefon lain.

    Secara jujurnya, tidak ramai yang kisah terhadap perbandingan tersebut. Penonton ingin melihat telefon anda sahaja dan anda tidak perlu membandingkannya dengan jenama lain. Sekali lagi jika kita tengok pada pelancaran produk Apple, mereka langsung tidak membuat perbandingan antara produk mereka dengan jenama lain, dan Apple masih mampu menarik jualan yang tinggi untuk produk mereka.

    5 – Henti pilih duta yang tidak mewakili jenama anda dengan baik

    Pelantikan selebriti sebagai duta untuk tujuan promosi sesebuah produk bukanlah tindakan yang asing dalam dunia pemasaran, namun jika syarikat telefon pintar ingin memilih duta untuk produk mereka, seharusnya dapatkanlah individu yang bersemangat untuk melakukan promosi tersebut.

    Para peminat selebriti yang dijadikan duta produk selalunya boleh mengetahui jika selebriti kegemaran mereka menggemari produk tersebut atau tidak, terutamanya jika selebriti tersebut fasih dalam dunia teknologi atau sudah pun menggemari produk daripada syarikat lain.

    Penggunaan duta yang elok adalah seperti dalam iklan OPPO Find X2 yang dibintangi oleh YouTuber teknologi terkenal Marques Brownlee. Beliau menyatakan ciri-ciri telefon tersebut yang beliau gemari namun tidak nampak seperti beliau terlalu mempromosikannya secara palsu. Selain itu, beliau juga tidak mengatakan telefon itu adalah lebih baik berbanding jenama lain. Ini adalah sebuah penggunaan duta yang elok daripada OPPO dan Marques.

    Adakah anda bersetuju dengan senarai kami ini? Adakah anda merasakan masih terdapat lagi perkara lain yang syarikat telefon pintar perlu hentikan? Kongsikannya di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Diterjemahkan daripada TechNave English

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...