Setelah kemelut badai yang melanda, bintang sensasi YouTube di Malaysia; Sugu Pavithra kini kembali menyiarkan video dalam saluran YouTube terdahulu. Menu dalca tulang kambing terkini mempunyai lebih 200,000 tontonan setakat artikel ini ditulis.
Rata-rata komen dari warganet juga memberi reaksi baik kepada pasangan bintang YouTube terbabit setelah rumah tangga mereka dilanda badai pada minggu lalu. Untuk pengetahuan anda, video masakan menu dalca tulang kambing ini adalah video pertama dari mereka setelah kesemua 98 video dahulu dipadam pada saluran tersebut.
Video terbaru ini menerima 100,000 tontonan dalam masa satu jam selepas memuat naiknya. Pasangan bintang YouTube tersebut gembira dengan peminat yang masih setia menyokong mereka.
Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Adakah anda juga salah seorang peminat video masakan Sugu Pavithra? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: The Star
Gambar ihsan tangkapan skrin YouTube Sugu Pavithra






