More

    Sumber dedah iPhone 12 dilengkapi hayat bateri lebih lama, zum lebih baik, tapi tiada 120Hz

    Anda mungkin telah dihujani dengan maklumat mengenai spesifikasi asas dan reka bentuk iPhone 12 melalui berita-berita lalu. Terkini, pendedah maklumat terkenal telah memberi maklumat mengenai spesifikasi dan ciri teknologi siri iPhone 12 dari sisi lain.

    Menurutnya, iPhone 12 bakal dilengkapi ciri dynamic zoning algorithm yang membenarkan penggunaan Face ID yang lebih pantas. Rekaan takuk dikatakan masih berukuran yang sama dengan model lepas, tetapi hanya berubah pada iPhone 12 mini untuk selarikan takuk dengan saiz iPhone mini 5.4 inci.

    Sebagai maklumat tambahan, zum digital pada model iPhone 12 akan diperbaik, manakalan iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max akan mendapat ciri zum optikal yang terlah diperbaik. Selain itu, terdapat juga lensa seperti kamera makro mungkin pada iPhone 12 Pro Max dan lensa ultra lebar dengan nilai apertur besar.

    Berkenaan bateri pula, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max akan dilengkapi bateri yang lebih tahan lama, namun tidak pada iPhone 12 mini kerana saiznya yang kecil.

    Menurut sumber lain, 120Hz tidak hadir pada iPhone 12 adalah kerana untuk mengekalkan jangka hayat bateri yang baik.

    Perkakasnya mampu menyokong ciri 120Hz, tetapi tidak diaplikasikan kerana ia bakal menggunakan kuasa bateri dengan lebih banyak. Jadi, Apple dikatakan memilih sokongan 5G berbanding 120Hz.

    Sepintas lalu, Apple akan melancarkan iPhone 12 mini 5.4 inci, iPhone 12 6.1 inci, iPhone 12 Pro 6.1 inci dan iPhone 12 Pro Max 6.7 inci pada 14 Oktober jam 1AM (waktu Malaysia). Ia dikatakan akan bermula pada harga ~RM2,899. Anda boleh melihat spesifikasi dan harga lebih lengkap disini.

    Apa pun, kesemua maklumat adalah bukan dari sumber rasmi. Adakah anda akan mendapatkan iPhone 12? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: 1 | 2

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured