More

    Sumber sama yang meramal tepat harga iPhone SE kini meramal harga siri iPhone 12 bermula ~RM2,789

    Memandangkan beberapa spesifikasi siri iPhone 12 yang bakal dilancarkan September ini telah pun timbul di permukaan internet, semestinya ramai sumber mula meramal harga berdasarkan spesifikasi tersebut. Terkini, sumber yang pernah melalukan jangkaan harga tepat bagi iPhone SE meramal kembali harga siri iPhone 12.

    Sumber ini diperoleh daripada penggiat teknologi @jon_prosser melalui laman Twitternya. Seperti yang kita sudah sedia maklum, siri iPhone 12 hadir dengan empat varian. Siri iPhone 12 ini bermula dengan harga $649 untuk varian terendah iPhone 12 5.4″. Semak ramalan harga di bawah untuk keempat-empat varian siri iPhone 12.

    Anggaran harga yang dibuat dalam mata wang Dollar AS ditukar kepada Ringgit Malaysia (RM):

    • iPhone 5.4″ + OLED + 5G + 2 kamera = $649 (~RM2,789)
    • iPhone 6.1″ + OLED + 5G + 2 kamera = $749 (~RM3,218)
    • iPhone 6.1″ + OLED + 5G + 3 kamera + LiDAR = $999 (~RM4,293)
    • iPhone 6.7″ + OLED + 5G + 3 kamera + LiDAR = $1,099 (~RM4,722)

    Jika dibandingkan dengan ramalan harga sebelum ini oleh sumber lain, harganya tidak banyak yang berbeza. Sebelum ini, beberapa varian dalam siri iphone 12 juga dikatakan bakal dilengkapi sensor cap jari di sisi peranti (side mounted fingerprint). Menurut kami, khabar angin tersebut kelihatan seperti mustahil. Namun, tiada apa yang mustahil dalam perang teknologi ini.

    Apakah pendapat anda mengenai semua khabar angin ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: @jon_prosser

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...