More

    Surface Pro 8 dilancar di Malaysia: Intel Core Gen-11 dan skrin sentuh 13″ 120Hz bermula RM4,950

    Microsoft mengumumkan bahawa pra-tempahan untuk Surface Pro 8 baharu akan bermula dari 20 Januari untuk pasaran di Malaysia. Berharga bermula daripada RM4,950, Surface Pro 8 lebih dua kali lebih pantas berbanding Pro 7, dengan pemproses Intel Core Generasi ke-11 dibina pada platform Intel Evo dan dilengkapi dengan dua port Thunderbolt 4.

    Semua peningkatan prestasi ini ditambah dengan Windows 11 dan hayat bateri sehingga 16 jam menjadikannya PC 2-dalam-1 yang paling berkuasa di pasaran. Peranti ini menampilkan skrin sentuh PixelSense 13 inci, Dolby Vision dan Teknologi Warna Adaptif. Selain itu, terdapat kamera swafoto 5MP, kamera belakang 10MP-4K, Dolby Atmos dan Studio Mics.

    Surface Pro 8 menggabungkan komputer riba dengan fleksibiliti tablet bersama Kickstand ikonik dan papan kekunci Surface Pro baharu yang boleh tanggal. Selain itu, ia juga hadir dengan Surface Slim Pen 2 baharu. Dengan Surface Pro 8 kini menyokong kadar penyegaran semula sehingga 120Hz, Surface Slim Pen 2 mampu memberikan respon haptik yang cemerlang. Slim Pen 2 didatangkan dengan reka bentuk semula dengan hujung pen yang lebih tajam untuk ketepatan mencatat atau melukis.

    Walaupun Surface Pro 7+ for Business telah tersedia untuk pelanggan komersil dan pendidikan di Malaysia sejak Februari 2021, pengguna umum kini juga boleh mendapatkan peranti itu mulai 8 Februari. Dilengkapi dengan Pemproses Intel Core Generasi ke-11 yang terkini, pengguna boleh menikmati prestasi sehingga 2.1 kali lebih pantas dan hayat bateri yang lebih lama sehingga 15 jam.

    Dengan setiap pembelian Surface Pro 8 semasa prapesanan, peruncit sah akan memberikan Papan Kekunci Tandatangan Surface Pro (bernilai RM699). Peruncit sah juga akan memberikan hadiah percuma tambahan bernilai sehingga RM1,499 sementara stok masih ada. Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawati Microsoft Malaysia, Shopee dan Lazada.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured