More

    Suunto Run dilancar di Malaysia: Jam tangan pintar khas untuk pelari bermula RM1,199

    Suunto Malaysia baru-baru ini melancarkan jam tangan pintar baharu yang dikhaskan untuk penggiat sukan larian iaitu Suunto Run.

    Jam ini mempunyai berat 36 gram sahaja, membuatkannya sangat ringan pada tangan anda. Ia dilengkapi ciri-ciri khusus untuk larian seperti mod maraton, ghost runner dan larian litar (track running) untuk penjejakan dan perancangan larian yang tepat. Untuk penjejakan laluan, ia menggunakan navigasi GNSS.

    Ia juga mempunyai 34 mod sukan untuk latihan silang, ciri-ciri kesihatan penting seperti pemantauan kadar denyutan jantung, penjejakan tidur, analisis pemulihan, dan aplikasi pernafasan untuk pengurusan tekanan.

    Anda boleh hubungkan jam ini dengan telefon melalui aplikasi Suunto untuk penilaian mendalam terhadap latihan, pemulihan dan corak prestasi. Baterinya pula boleh bertahan sehingga 12 hari, dan satu lagi ciri menarik adalah ia boleh menyimpan fail lagu MP3.

    Suunto Run akan dijual di Malaysia pada harga RM1,199 dan ditawarkan dalam warna hitam dan lime. Jika anda berminat untuk cuba jam ini terlebih dahulu, anda boleh hadirkan diri ke Suunto Run Pop-Up Store di Banglo289, Kuala Lumpur sebelum 22 Jun 2025 untuk cuba jam ini serta lain-lain produk Suunto.

    Ia juga boleh dibeli dari Shopee, TikTok dan Lazada. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan jam ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured