Pada minggu lepas, Counterpoint Research telah mengeluarkan laporan untuk pasaran telefon pintar China Q3 2020. Kini, IDC (International Data Corporation) pula telah terbitkan laporan mereka sendiri.
Mengikut firma ini, jenama telefon pintar telah menjual sejumlah 84.8 juta unit pada suku ketiga 2020 dengan penurunan tahun ke tahun (Year-on-Year) sebanyak 14.8%. Penurunan penjualan telefon pintar ini adalah disebabkan permintaan yang berkurangan, kekangan bekalan HUAWEI dan juga penangguhan telefon pintar flagship dari Apple dan HUAWEI.

Walaupun dengan masalah bekalan, HUAWEI dilihat masih mengekalkan posisi teratas dalam jualan untuk suku ketiga 2020 sebanyak 35.1 juta dengan pegangan pasaran setinggi 41.4%.
Untuk jualan telefon 5G pula, kesemua syarikat dari China ini telah menjual sebanyak 49.7 juta unit dengan jualan terkumpul sebanyak 117 juta unit sejak tahun 2019. Syarikat Apple tidak terlibat dalam jualan 5G kerana mereka belum lagi melancarkan telefon 5G setakat suku ketiga 2020.

Adakah anda menjangkakan jualan suku ketiga 2020 ini? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi utama.
Sumber : Gizmochina






