More

    Syarikat Facebook kini menukarkan namanya kepada Meta

    Baru-baru ini, Facebook telah menukarkan nama syarikatnya kepada Meta. Ini diumumkan secara rasmi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Mark Zuckerberg di Connect 2021 dan platform media sosial Facebook tidak akan menukar namanya.

    Menurut Facebook, pertukaran nama Meta ialah hala tuju baharu yang membawa aplikasi dan teknologi syarikat di bawah satu jenama baharu. Untuk pengetahuan, Zuckerberg memperkenalkan dan mewujudkan Metaverse pada bulan lepas.

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif itu, tumpuan Meta adalah untuk “membawa metaverse kepada kehidupan dan membantu orang ramai berhubung, mencari komuniti dan mengembangkan perniagaan”.

    Tambahan, syarikat itu merancang untuk pergi ke tahap seterusnya dalam pengalaman tiga dimensi (3D). Dalam visi Zuckerberg, tujuan Metaverse adalah untuk “berkongsi pengalaman mendalam dengan orang lain walaupun anda tidak dapat bersama”.

    Dalam erti kata lain, ia sama seperti ‘realiti maya’ atau ‘realiti berperantara’ yang telah dirungkai oleh acara Connect 2021. Ini termasuk platform sosial, hiburan, permainan, kecergasan, kerja, pendidikan dan perdagangan.

    Walaupun nama berubah, struktur organisasi Meta tidak berubah namun laporan kewangan akan berubah. Syarikat itu akan melaporkan hasil dalam dua segmen operasi iaitu Family of Apps dan Reality Labs. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya, anda boleh melawati halaman Connect 2021 rasmi di sini atau membaca surat pengasas mengenai visinya.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: TechNaveEN

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured