More

    Syarikat induk Tiktok buat rombakan besar untuk fokus pada video pendek

    ByteDance akan merombak perniagaannya dengan lebih fokus pada perkhidmatan video pendek. Sebagai CFO ByteDance dan CEO Tik Tok, Shou Zi Chew berundur daripada peranan untuk menambah baik TikTok. Pengasas Bytedance Liang Rubo telah menghantar memo kepada Reuters pada awal hari ini. Selain itu, Rubo juga bakal menggantikan pengasas ByteDance, Zhang Yiming sebagai CEO pada Disember 2021.

    Perkhidmatan syarikat akan dibahagikan kepada enam cawangan yang terdiri daripada TikTok, Douyin, Lark, BytePlus, Nuverse dan Dali Education. Lark ialah unit kerjasama kerja syarikat manakala BytePlus menawarkan perkhidmatan perniagaan berorientasikan analitik. Nuverse adalah bahagian permainan ByteDance, Dali Education adalah unit teknologi pendidikan mereka dan Douyin merupakan TikTok versi China.

    ByteDance menyatakan bahawa unit Douyin akan menyerap platform berita Toutiao dan perkhidmatan penstriman permainan Xigua. Unit TikTok akan lebih fokus pada pengembangan ke sektor seperti e-dagang global. Syarikat itu menjana kira-kira $34.3 bilion dari China melalui rangkaian produk dan perkhidmatannya yang luas. ByteDance turut bahawa ia tidak mempunyai rancangan untuk IPO.

    Reuters mendedahkan bahawa syarikat itu tidak tergesa-gesa untuk mencari pegganti CFO ByteDance. ByteDance baru-baru ini mempunyai penilaian hampir $300 bilion, meletakkannya antara syarikat swasta terkemuka di dunia. Walaupun begitu, unit pendidikan ByteDance, Dali, agak terjejas dengan keputusan China untuk menyekat kurikulum demi keuntungan. Kerana hal ini, Dali menawarkan utiliti dalam sektor pendidikan termasuk pembelajaran atau pendidikan berasaskan AI untuk orang dewasa.

    Mereka turut memperoleh pembuat set kepala VR Pico (jumlah tidak didedahkan). Ini adalah sebahagian portfolio produk ByteDance untuk masa depan VR dan misinya. Mereka tidak begitu risau kerana ia telah mengatasi Facebook sebagai aplikasi paling banyak dimuat turun di dunia.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Android Headlines

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured