More

    Syarikat JF Technology di Malaysia berkolaborasi dengan HUAWEI untuk bekalan teknologi tertentu

    Tekrini, syarikat JF Technology Bhd yang berpangkalan di Malaysia berkolaborasi dengan unit dari HUAWEI Investment & Holding Co Ltd iaitu Hubble Technology Investment Cod Ltd (HTI). Berita ini sebenarnya telah dilaporkan oleh sumber pada Jumaat lalu, tetapi kini telah disahkan.

    Menurut sumber, perkongsian perniagaan ini mengetengahkan HTI sebagai pelanggan utama dan rakan kongsi strategik untuk mendapatkan akses pasaran di China. Apa yang menariknya, kolaborasi ini terhasil untuk membangunkan tapak perkilangan dan bekalan untuk penyentuh uji (test contactor) berprestasi tinggi kepada HUAWEI.

    Tambah sumber, JF Technology dan HTI akan bekerjasama untuk membangunkan teknologi penyentuh uji baharu. Pembangunan ini adalah untuk rangkaian 5G dan 6G di masa hadapan. Menurut pengarah urusan JF Tech, mereka akan turut membawa rakan kongsi di Malaysia dalam ekosistem semikonduktor untuk menembusi pasaran China.

    Apakah pendapat anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Edge Markets

    Gambar utama ihsan JF Technology

     

    Artikel Terkini

    Peti ais untuk manusia ‘Do Hiemon Box’ dilancar di Jepun dengan harga ~RM43,260

    Syarikat pengeluar peti ais dan mesin layan diri dari Jepun, SDRS, bersama pembekal peralatan industri Trusco Nakayama telah memperkenalkan Do Hiemon Box....

    Pembelian Warner Bros oleh Paramount digantung 14 hari susulan saman 12 negeri

    Hakim persekutuan di California telah mengarahkan Paramount Skydance dan Warner Brothers Discovery untuk menangguhkan penggabungan mereka secara sementara. Keputusan ini dibuat bagi...

    Google lancarkan Gemini 3.6 Flash, 3.5 Flash-Lite dan 3.5 Flash Cyber

    Google secara rasmi memperkenalkan tiga model kecerdasan buatan (AI) baharu iaitu Gemini 3.6 Flash, Gemini 3.5 Flash-Lite dan Gemini 3.5 Flash Cyber....

    Storan akaun Google kini masukkan sekali SMS, sejarah panggilan dan sandaran telefon

    Google telah mula menghantar pemberitahuan kepada pengguna mengenai perubahan penggunaan ruang storan Google Account. Melalui kemas kini baharu, semua data sandaran peranti...

    Samsung Display perkenal panel tandem OLED pertama dengan pensijilan True Black 1400

    Samsung Display secara rasmi mula membekalkan panel tandem OLED baharu untuk laptop yang melepasi pensijilan VESA DisplayHDR True Black 1400. Piawaian baharu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured