More

    Syarikat telko bantu calon SPM, STPM dan pelajar B40 untuk belajar dengan percuma

    Suruhanjaya Komuikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengumumkan bahawa syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan akan menyediakan pelbagai kemudahan pembelajaran kepada calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan pelajar dari isi rumah B40.

    Antara kemudahan tersebut ialah Pakej Data Khas kepada calon SPM dan STPM yang akan mengambil peperiksaan tersebut pada April 2021. Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan Telekom Malaysia akan menawarkan pas data prabayar 15GB berharga RM20 bagi tempoh 30 hari bermula 6 Januari 2021.

    YTL Communications pula melanjutkan program Learning From Home (LFH) sehingga SPM dan STPM berakhir, di mana program tersebut menawarkan pakej percuma dan kad SIM kepada para pelajar.

    Syarikat telko juga akan menyediakan kelas dalam talian percuma dan capaian WiFi percuma di 130 kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) sehingga April 2021. Waktu operasi Pusat Internet Komuniti (PIK) pula akan dilanjutkan sehingga 9:00 malam setiap hari untuk memberi ruang kepada calon SPM dan STPM serta pelajar B40 untuk belajar dan menyelesaikan urusan internet.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured