More

    Tablet kelas permulaan HUAWEI MatePAd C3 8 inci, bateri 5100mAh mungkin berharga ~RM959

    Di samping pelancaran telefon pintar, terdapat sumber menyatakan bahawa HUAWEI mungkin akan melancarkan tablet kelas permulaan HUAWEI MatePad C3 dalam masa yang terdekat.

    Hal ini dibuktikan melalui pendedahan pengesahan tablet tersebut oleh 3C (agensi pasaran produk di China). Bukan setakat itu sahaja, terdapat sumber yang mendedahkan spesifikasi MatePad C3 di laman Weibo seperti dalam gambar di bawah.

    HUAWEI MatePad C3 dikatakan bakal hadir dengan skrin 8 inci beresolusi 1280 x 800 piksel bersam nisbah skrin ke badan 80%. Ia bakal dihuni cipset MediaTek MT8768, RAM 3GB dan storan 32GB. Turut bakal hadir adalah bateri besar 5100mAh, kamera utama 5MP dan kamera selfie 2MP.

    Sumber menjangkakan harga tablet kelas permulaan ini adalah 1599 Yuan (~RM959). Apa pun, kita perlu menunggu berita yang lebih jelas atau berita rasmi daripada HUAWEI berkenaan harga mahupun spesifikasi rasminya.

    Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured