More

    Tablet pertama vivo bakal dilancar pada penggal pertama tahun 2022

    Dalam sebuah wawancara bersama media, Hu Baishan yang merupakan Naib Presiden Eksekutif vivo berkata bahawa syarikatnya akan memperkenalkan cipset ISP pertama buatan mereka pada September ini.

    Beliau menambah, selain daripada memperkenalkan cipset tersebut, vivo juga akan melancarkan tablet pertama mereka. vivo telah mengemukakan paten reka bentuk dan tanda dagang bagi tabletnya yang dijangka tiba di pasaran pada penggal pertama tahun 2022.

    Seterusnya, vivo sedang menfokuskan pengeluaran tablet berbanding peranti lain. Hal ini kerana integrasi antara telefon pintar dan tablet lebih baik berbanding produk lain. Malangnya, Naib Presiden Eksekutif vivo itu tidak mendedahkan maklumat lanjut mengenai tablet itu yang mungkin diberi nama sebagai vivo Pad.

    Tidak ketinggalan juga, iQOO yang merupakan sub-jenama vivo dijangka akan turut melancarkan tablet pertama mereka. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet pertama oleh vivo dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured