More

    Tablet pertama vivo terima pelbagai pengiktirafan antarabangsa, mungkin dilancar kelak

    Jenama teknologi vivo terkenal dengan pelbagai telefon pintar dan aksesori, namun tablet bukanlah satu produk yang ditawarkan oleh mereka. Kini, mereka mungkin akan menceburi industri tablet dalam masa terdekat kerana tablet pertama mereka telah mendapat pelbagai pengiktirafan antarabangsa.

    Produk yang mungkin dinamakan vivo Pad itu sudah pendapat pengiktirafan tanda dagang oleh European Union Intellectual Property Office (EUIPO) di bawah kategori Class 9, iaitu kategori khas untuk tablet dan peranti personal digital assistant (PDA).

    Pengiktirafan oleh EUIPO
    Diagram untuk vivo Pad

    Selain itu, vivo Pad juga telah mendapat pengiktirafan TUV Rheinland Japan, di mana ia dikenal pasti mempunyai bateri berkapasiti 8,040mAh. Beberapa gambar tablet tersebut telah dikongsi dalam pengiktirafan tersebut, di mana bentuk bonggol kameranya serupa dengan siri telefon vivo X60.

    vivo merupakan sebuah jenama di bawah konglomerat BBK Electronics dan ini bukanlah tablet pertama yang dihasilkan oleh konglomerat tersebut. Sebelum ini, sebuah lagi syarikat di bawah BBK Electronics iaitu realme telah pun mengesahkan kewujudan tablet pertama oleh jenama tersebut, di samping komputer riba pertama.

    Pengiktirafan oleh TUV Rheinland

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet pertama oleh vivo dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: EUIPO, Weibo

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured