More

    Tablet realme Pad dan komputer riba realme Book diumum, bakal dilancar dalam masa terdekat

    realme telah melancarkan telefon pintar andalan realme GT 5G pada hari ini yang dilengkapi cipset Snapdragon 888 dan skrin AMOLED 120Hz. Selain telefon tersebut, realme turut mengumumkan komputer riba dan tablet pertama mereka iaitu realme Book dan realme Pad namun spesifikasi kedua-dua gajet masih belum diketahui.

    Dalam acara pelancaran realme GT, realme telah menunjukkan sebuah prototaip realme Book yang menampilkan rekaan nipis dan warna kelabu mirip MacBook Air. Untuk realme Pad pula, realme tidak menunjukkan sebarang prototaip fizikal namun mereka mengatakan maklumat tentangnya akan dipersembahkan dalam beberapa bulan lagi.

    Selain itu, realme turut melancarkan beberapa produk dalam kategori AIoT seperti robot vakum realme TechLife Robot Vacuum. Robot ini dilengkapi penyedut dengan kuasa sedutan 3,000Pa, bateri 5,200mAh, tangki air 300mL, pengimbas LiDAR, 38 sensor berketepatan tinggi dan penghasilan bunyi sebanyak 55db sahaja.

    realme turut melancarkan jam tangan pintar realme Watch 2 Pro dan realme Watch 2. Ia telah pun dilancar dalam pasaran Malaysia pada 28 Mei lalu dengan harga jualan RM299 dan ia dilengkapi dengan sensor degupan jantung, tahap oksigen darah, dwi-satelit GPS, rating kalis air IP68, skrin 1.75 inci serta keterangan 600 nits.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana produk di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured