More

    Tablet Samsung baharu tertiris, mungkin miliki takuk pada skrin OLED 14.6″

    Samsung Galaxy Tab S8 Ultra secara tidak sengaja telah tertiris pada halaman sokongan rasmi Bixby dan ia kelihatan sangat menarik. Dalam imej itu, tablet terbaharu Samsung dilihat disandarkan di sebalik telefon pintar Samsung Galaxy. Anda boleh tahu ia adalah produk yang belum dikeluarkan kerana tablet itu mempunyai takuk.

    Samsung kemudiannya menukar foto itu dengan imej yang lebih terkini tetapi tangkapan skrin imej yang tertiris itu memberi kita beberapa petunjuk tentang apa yang bakal Galaxy Tab S8 bawakan. Imej itu menyokong khabar angin sebelum ini mengenai tablet yang dilaporkan akan dinamakan Galaxy Tab S8 Ultra.

    Peranti ini dijangka mempunyai paparan OLED 14.6 inci yang menjadikannya lebih besar daripada iPad Pro. Panel itu dilaporkan akan menawarkan kadar penyegaran semula 120Hz dan resolusi 2960 x 1848 serta terdapat takuk. Khabar angin mengatakan bahawa Tab S8 Ultra akan hadir dengan dua kamera 12 megapiksel untuk panggilan video.

    Salah satu lensa akan hadir dengan kamera sudut lebar untuk memudahkan swafoto berkumpulan. Daripada segi spesifikasi, Galaxy Tab S8 Ultra dijangka menggunakan cipset Snapdragon 8 Gen 1 terbaru Qualcomm bersama-sama dengan RAM 16GB dan storan sehingga 512GB.

    Kemungkinan terdapat sokongan S Pen seperti yang terdapat pada tablet premium Samsung sebelum ini serta 5G dan dua kamera belakang. Ciri Galaxy Tab S8 Ultra yang dikhabarkan paling menarik ialah bateri sebesar 11,200 mAh. Samsung dijangka melancarkan tiga tablet pada musim bunga ini bersama peranti utama syarikat itu iaitu Galaxy S22.

    Kami berharap untuk mendengar lebih lanjut tentang barisan peranti Galaxy baharu pada bulan Februari ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmodo

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured