More

    Tablet Xiaomi dikesan dalam pensijilan FCC, mungkin bawa bateri 7,800mAh dan sambungan 5G

    Nampaknya, terdapat khabar angin mengenai Xiaomi sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan tablet kos rendah yang berkemungkinan membawa nama Redmi Pad 6 atau Xiaomi Pad 6. Peranti itu dilihat dalam pensijilan FCC (Federal Communications Commission) dengan nombor model 22081283G.

    Menurut tweet Simranpal Singh, tablet ini akan diprapasang dengan MIUI 13, bateri 7,800mAh, sokongan 5G dan Wi-Fi 802.11ac. Tablet itu sebelum ini ditemui dalam pensijilan CMIIT (Ministry of Industry and Information Technology) di mana ia menunjukkan peranti menyokong Wi-Fi 802.11ac dan spektrum 5G.

    Spesifikasi Redmi Pad  masih tidak diketahui dengan jelas. Nombor model 22081281AC yang muncul dalam pangkalan data pensijilan CMIIT dan 3C pada bulan Jun lepas dianggap sebagai Redmi Pad. Ia menyediakan Wi-Fi dwi-jalur, pengecasan pantas 67W dan sambungan 5G.

    Namun, tiada maklumat tambahan mengenai Redmi Pad 5G. Menurut penyenaraian di Xiaomiui, alat itu mungkin dipra-pasang dengan MIUI Lite yang diperkecilkan untuk peranti rendah tetapi maklumat terikini mengatakan ia akan menggunakan MIUI13. 

    Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured