Pembuat semikonduktor dan cip komputer daripada Taiwan berminat untuk bekerjasama dengan Malaysia dalam peluang baharu. Menurut Timbalan Menteri Luar Negeri Taiwan, Tien Chung-kwang, Malaysia dilengkapi dengan keupayaan semikonduktornya, tenaga kerja berkemahiran tinggi dan bekalan kuasa hidroelektrik yang stabil.
Tambahnya, Malaysia merupakan salah satu negara yang paling maju dalam bidang ini. Diperkenalkan pada 2016, NSP bertujuan untuk meningkatkan kerjasama dan pertukaran bakat antara Taiwan dan negara Asia Tenggara, Asia Selatan dan Australia.
Tien berkata Taiwan komited untuk memanfaatkan bakat dan sumber teknologinya daripada kerajaan dan sektor swasta untuk membentuk semula rantaian bekalan dan industri. Dalam lapan tahun yang lalu, Taiwan telah menyaksikan peningkatan ketara dalam jumlah perdagangan dengan 18 negara NSP.
Menurut anggota Parlimen Julau, Datuk Larry Sng yang dihubungi wakil dari kerajaan Taiwan, beliau berkata bahawa Malaysia dengan lokasinya yang strategik boleh menjadi hab pengembangan dan kerjasama dengan negara yang lebih maju seperti Taiwan. Tambahnya, terdapat juga potensi untuk kerjasama dalam pendidikan kejuruteraan.
Sementara itu, Sng mengakui bahawa ramai rakyat Malaysia berpindah ke luar negara ke negara seperti Taiwan untuk peluang yang lebih baik dan gaji yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, ini tidak semestinya negatif kerana rakyat Malaysia boleh menyumbang kembali kepada negara apabila mereka kembali.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: New Straits Times






