More

    “Takbir Raya Haji” dan “Fathi Naim” antara carian Google paling popular di Malaysia pada Julai 2022

    Google Malaysia telah mengumumkan senarai perkataan yang paling banyak dicari oleh rakyat Malaysia sepanjang bulan Julai 2022. Terdapat topik carian popular seperti kuiz Mental Age Test, Takbir Raya Haji dan niat puasa Arafah, sukan dan drama. Takbir Raya Haji dan niat puasa Arafah menjadi popular kerana berlangsungnya Hari Raya Haji dan Hari Arafah yang jatuh pada bulan Julai.

    Selain itu, nama “Fathi Naim” turut menjadi popular kerana penahanannya oleh pihak berkuasa tempatan selepas timbul tuduhan penyanyi nasyid itu telah menyerang seorang gadis bawah umur. TikTok mempengaruhi trend teratas bulan ini dengan kuiz Mental Age Test yang tular dan mampu membandingkan umur fizikal seseorang dengan usia mental untuk melihat sama ada mereka berjiwa muda atau berjiwa tua.

    Seterusnya, untuk siaran sukan yang popular dalam carian Google Malaysia ialah Liverpool lawan Crystal Palace yang menyaksikan Liverpool menang dengan jaringan 2-0 dalam perlawanan persahabatan kelab di Stadium Nasional Singapura. Manchester United lawan Liverpool, RB Leipzig lawan Liverpool dan Arsenal lawan Everton turut menjadi antara carian Google yang popular bagi sukan bola sepak. Selain bola sepak, kriket satu-satunya perlawanan sukan yang popular.

    Carian Google yang paling popular untuk sukan kriket ialah perlawanan antara dua gergasi besar iaitu India dan England. Dalam perlawanan kriket Jelajah India England di Birmingham, England menewaskan India dengan 7 wiket dan menyaksikan Jonny Barslow dinamakan pemain terbaik perlawanan dan Joe Root sebagai pemain terbaik.

    Drama popular seperti 星汉灿烂 (Splendid Stars) juga mempunyai bilangan pencarian yang tinggi. Dalam drama baharu ini, Leo Wu dan Zhao Lu Si melakonkan pasangan kekasih bersama Ling Bu Yi dan Cheng Shao Shang yang terperangkap di antara mengejar percintaan mereka dan cabaran dalam kehidupan peribadi mereka. Selain drama Splendid Stars, drama Korea daripada Netflix iaitu Extraordinary Attorney Woo juga popular dalam carian Google Julai 2022.

    Drama ini K-drama dibintangi oleh Park Eun-bin dalam watak utama Woo Young Woo, seorang peguam muda dengan sindrom Asperger yang mempunyai IQ tinggi, ingatan terperinci dan proses pemikiran yang unik tetapi bergelut dengan kemahiran sosial. Jadi, inilah carian yang popular dalam sejarah carian Google Malaysia untuk Julai 2022.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...