More

    Takhta Tesla sebagai penjual EV terbesar kini bakal dirampas oleh BYD

    Pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China, BYD, dilaporkan berada di landasan untuk mengatasi Tesla sebagai pengeluar EV terbesar dunia berdasarkan jualan tahunan. Menurut laporan, BYD mencatatkan penghantaran EV yang lebih tinggi berbanding Tesla sepanjang 2025 didorong oleh jualan kukuh di pasaran luar China serta penawaran model pada harga lebih kompetitif.

    Prestasi ini membolehkan BYD mendahului dari segi jumlah jualan EV global buat pertama kali secara tahunan. Penganalisis industri menyatakan pengembangan agresif BYD ke pasaran antarabangsa dan portfolio produk yang lebih luas menjadi faktor utama kelebihan syarikat itu ketika Tesla berdepan persaingan semakin sengit dalam pasaran EV global.

    Perkembangan ini menandakan perubahan penting dalam landskap industri kenderaan elektrik dunia dengan BYD kini muncul sebagai pesaing utama bagi Tesla dalam perebutan kedudukan teratas pasaran.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BBC

     

    Artikel Terkini

    Malaysia perkenal pasport 10 tahun RM350 — Ini apa yang anda perlu tahu

    Malaysia secara rasmi memperkenalkan pasport 10 tahun dengan kadar baharu RM350 bagi warganegara berumur 18 hingga 59 tahun, berkuat kuasa selepas diwartakan...

    TSMC dakwa Samsung “masih bermimpi” untuk dominasi industri foundri global

    Pengerusi TSMC, C.C. Wei, menegaskan kedudukan syarikat itu dalam industri foundri global masih kukuh dan percaya pesaingnya masih belum mampu mencabar penguasaan...

    HONOR MagicPad 4 turut diumum dengan SD 8 Gen 5, OLED 12.3″ dan bateri...

    Selain pelancaran telefon pintar boleh lipat Magic V6, HONOR turut mengumumkan ketibaan tablet premium baharunya iaitu HONOR MagicPad 4 untuk pasaran Malaysia....

    Infinix HOT 70 tiba di Malaysia dengan butang AI khas dan Google AI Plus...

    Infinix Malaysia hari ini melancarkan HOT 70 iaitu telefon pintar baharu dalam segmen mampu milik yang hadir dengan fokus terhadap reka bentuk,...

    HONOR Magic V6 diumum di Malaysia: “Super Steel Hinge” dan “Magic Diamond Screen” bermula...

    HONOR Malaysia melancarkan telefon pintar boleh lipat terbaharu HONOR Magic V6 yang tampil dengan rekaan lebih nipis, bateri lebih besar dan pelbagai...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...