More

    Tamgotchi kembali semula di jam tangan pintar sempena ulang tahun ke-25!

    Adakah anda pernah mempunyai Tamagotchi sewaktu kecil dahulu? Jika pernah, anda pasti akan gembira kerana sempena ulang tahun ke-25, Bandai mengambil keputusan untuk membawakan kembali. Kali ini, ia datang dengan bentuk jam tangan pintar.

    Tamagotchi Smart ini hadir dengan kawalan sentuhan dan suara yang membolehkan anda membela haiwan peliharaan secara maya dengannya. Ia tidak menyokong pengesanan suara tetapi hanya dapat mengesan beberapa frasa khas yang telah diprogram ke dalamnya.

    Jam tangan Tamagotchi Smart ini direka khas untuk kanak-kanak, dan yang menarik setiap peranti Tamgotchi mempunyai haiwan peliharaan yang berlainan.

    Selain dari itu, Bandai juga bercadang untuk menjual ‘TamaSma Cards’ iaitu kad fizikal yang membolehkan pengguna memasuklah barang ke dalam Tamagotchi Smart. Disebabkan ia adalah jam tangan pintar, anda boleh mengesan langkah harian yang telah diambil dan juga digunakan sebagai jam digital.

    Jika anda berminat untuk membelinya, anda boleh melawat laman web rasmi ini. Tamagotchi Smart akan dijual pada tanda harga 7,480 yen (~RM282), tetapi bukan secara rasmi di Malaysia.

    Berikan komen anda mengenai hal ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Diterjemahkan dari TechNave

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...