More

    ‘Tapau’ makanan anda sendiri dan beli barang dapur di ‘Pasar’ melalui Grab, diskaun 50% GrabMart

    [Kemas kini: 24 Mac 2020] Grab menyatakan bahawa pilihan ‘Self-Pickup’ dihentikan berikutan penularan COVID-19. Langkah ini adalah untuk seiring dengan kerajaan Malaysia dalam menggalakkan rakyat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

    [Berita asal: 23 Mac 2020] Memandangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan masih berbaki, anda mungkin ingin mencuba pelbagai pilihan makanan di luar. Seperti yang kita sudah sedia maklum, Grab menawarkan perkhidmatan seperti biasa dalam tempoh ini. Terkini, Grab membenarkan anda untuk “Tapau” atau mengambil sendiri makanan anda di restoran yang terpilih!

    Pilihan ‘Self-Pickup’ ini adalah perkhidmatan yang membolehkan anda untuk mengambil sendiri makanan yang telah ditempah terlebih dahulu melalui aplikasi Grab. Anda juga tidak berisiko untuk menyentuh apa-apa selain daripada makanan anda sendiri dengan urusan pembayaran melalui GrabPay.

    Bukan itu sahaja, Grab turut melancarkan Pasar – Penghantaran barang dapur segar daripada pasar tempatan. Setakat ini, hanya Pasar TTDI sahaja yang tersedia. Namun, Grab pastinya bakal menambah ketersediaan pasar lain selepas ini. Untuk netizen Penang, JB, Melaka, Kuching dan Ipoh, anda kini boleh menikmati pembelian dalam talian GrabMart bermula pada 25 Mac ini.

    Risau penghantar makanan tidak mencukupi? Grab sudah bersedia dengan menambah rider baru untuk memenuhi keperluan anda! Kami tahu ini adalah sesuatu yang anda nantikan – ‘Free Delivery’, diskaun 30% GrabFood Signatures dan 50% diskaun barang keperluan kesihatan GrabMart.

    Adakah anda rider GrabFood atau anda kerap memesan GrabFood? Luahkan komen anda di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured